SEJARAH

Saya akan membawakan cerita tentang kampung saya yang terletak tebingan sungai Sibu Laut.


Kampung ini diterokai pada tahun 1979 sebagai Kampung Matang Air.Selepas itu ditukar semula menjadi Kampung Telaga Air pada 19 April 1985 oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak (Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce.Kampung ini diisytiharkan sebagai kampung contoh oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Ogos 1985.


             Istilah Matang  membawa  maksud  kawasan  hutan  tua  atau  tebal  yang  terletak  di  pinggir  sungai.  Kawasan  ini  jarang  disinggahi  oleh  manusia  kerana  ia  terkenal  dengan  mitos  yang  menyatakan  kawasan  tersebut  berhantu.  Tambahan  pula  lokasinya  memangku  kuala  di  antara  Kampung  Trombol  dan  Kampung  Sibu  Laut.  Lagipun  terdapat  banyak  kepercayaan  yang  dikatakan  oleh  orang  tua  dahulu  kala  yang  menyatakan  jika  sesiapa  memasuki  kawasan  tersebut  (  Matang  Air  )  berkemungkinan  besar tidak  akan  kembali  ke  rumah  sama  ada  hidup  atau  mati.  Warlah  -wa’alam.


            Pada tahun  1979, segala  rasa  ketakutan  dapat  diatasi  dengan  mengamalkan  petua  iaitu  apabila  hendak  memasuki  kawasan  tersebut  hendaklah  mencuci  muka  di  lopak  berhampiran  Banir  Kayu  Ara.  Lopak  tersebut  dikatakan  tidak  pernah  kering  walaupun  berlakunya  kemarau  panjang.  Akhirnya  lopak  tersebut  telah  menjadi  sebuah  perigi  untuk  kegunaan  harian  memasak  dan  minuman  dan  adakalanya  digunakan  untuk  tujuan  perubatan.  Kemudian bermulalah  penerokaan  kawasan  tersebut  dengan  berleluasa.  Pada  peringkat  awal  seramai  69  orang  yang  giat  menjalankan  penerokaan  dan  menubuhkan  sebuah  jawatankuasa  kampung  pada  5  November  1979.

            Pada  tanggal  19  April  1985  iaitu ketika  Tuan  Yang  Terutama  Negeri  Sarawak  membuat  lawatan  ke  Kampung  Matang  Air,  beliau  dengan  rasminya  menukarkan  nama  Kampung  Matang  Air  kepada  Kampung  Telaga  Air  sempena  sejarah  lopak  (  Telaga  )  yang  masih  kekal  sehingga  ke  hari  ini  sebagai  LOGO  Kampung  Telaga  Air.

            Pada  Ogos  1985  iaitu  ketika  Ketua  Menteri  Sarawqak,  Datuk  Patinggi  Tan  Sri  Haji  Abdul  Taib  Bin  Mahmud  mengadakan  lawatan  rasmi  ke  Kampung  Telaga  Air,  beliau  dengan  rasminya  mengistiharkan  Kampung  Telaga  Air  sebagai  kampong  contoh  di  dalam  negeri  Sarawak  yang  pertama  kalinya.

            Oleh  kerana  keprihatinan  yang  ditunjukkan  oleh  Yang  Amat  Berhormat  Perdana  Menteri  serta  Yang  Amat  Berhormat  Ketua  Menteri  Sarawak  mengenai  misi  Program  Pembangunan  Hala  Cara  Kampung  Contoh  Kampung  Telaga  Air  maka  semua  Jabatan  kerajaan  telah  diarahkan  memberi  keutamaan  agar  program  tersebut  berjaya  dilaksanakan.

Sumber info: PI1M Kampung Telaga Air

No comments:

Post a Comment