Sunday, 27 December 2015

Karnival Gaya Hidup Digital Pusat Internet Zon Kuching

Pada 19 Disember 2015, saya telah mengikuti program Karnival Gaya Hidup Digital Pusat Internet Zon Kuching. Karnival tersebut dianjurkan oleh PI1M Maxis zon Kuching. Program tersebut berjalan dengan penuh meriah dan lancar.

      Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh PI1M seperti Zumba, menderma darah dan saringan kesihatan. Di samping menderma darah, kita juga dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia.

       Selain itu bazaar Telaga Air juga turut dibuka. Bermacam-macam jenis makanan dan buah-buahan yang dijual . Antara pertandingan yang dijalankan ialah sukaneka, sukaneka berkeluarga, ICT explorace, dan sebagainya.

       Selepas itu majlis dimeriahi dengan tarian melanau dari ahli PI1M Kampung Setungkor Baru dan pencak silat dari Kampumg Telaga Air. Disamping itu BOOTH KLIK DENGAN BIJAK turut diadakan bagi memeriahi majlis disamping dapat memberikan kita ilmu tentang tips keselamatan di internet. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan .











 Sumber Gambar:

1. https://www.facebook.com/pi1mserasot/
2. PI1M Kampung Telaga Air